Air kelapa mempunyai pelbagai khasiat. Tapi, adakah air kelapa untuk wanita hamil itu baik? Mari lihat 8 kelebihan air kelapa untuk ibu-ibu mengandung.
Kebaikan air kelapa untuk ibu hamil
Air kelapa dan khasiatnya memang tidak dapat disangkal lagi. Ia tinggi dengan elektrolit, potasium, vitamin C, sodium dan serat. Namun, apa manfaat air kelapa buat wanita hamil pula?
Sebenarnya, seperti kepada orang biasa, air kelapa sangat bermanfaat buat wanita hamil. Manfaatnya dari melegakan mabuk hamil, hinggalah mengurangkan pedih ulu hati.
Sebab itulah banyak petua orang dulu-dulu menyarankan air kelapa buat wanita hamil! Mari kita lihat apa 8 manfaat air kelapa lain yang menakjubkan buat wanita hamil.
Kebaikan air kelapa untuk ibu hamil #1 Meningkatkan imuniti badan
Antara manfaat utama air kelapa untuk ibu hamil ialah sebagai penguat imuniti badan. Air kelapa tinggi dengan potasium, kalsium dan klorida.
Ia menyegarkan, menguat dan menyihatkan badan, tambahan pula air kelapa kurang kandungan gula.
Malah terdapat kandungan anti oksida, mineral dan vitamin di dalam air kelapa muda yang mampu membantu kebolehan badan melawan penyakit.
Ia juga membantu melindungi badan ibu hamil dan bayi di dalam kandungan dari jangkitan.
Kebaikan air kelapa untuk ibu hamil #2 Mengawal paras gula dan membaiki peredaran darah
Yang menariknya, manfaat air kelapa untuk ibu hamil bukanlah sekadar menyegarkan badan dan melawan penyakit saja.
Ia juga mampu membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan membaiki peredaran darah.
Kandungan vitamin C, protein, magnesium dan potasium menjadikan ia anti oksida yang meningkatkan kolesterol baik dalam badan.
Ia juga mambantu mengawal tekanan darah yang menjadi punca preeklampsia pada ibu hamil.
Tambahan pula, air kelapa juga dikatakan membantu mengurangkan risiko strok dan tekanan darah tinggi pada wanita hamil.
Kebaikan air kelapa untuk ibu hamil #3 Melawan jangkitan saluran kencing
Air kelapa terkenal tinggi kandungan asid laurik yang bertanggungjawab dalam menghasilkan monolaurin, asid lemak yang melawan penyakit.
Ia mempunyai sifat antibakterial, antifungi dan antiviral. Jadi, jika demam, cepat-cepat minum air kelapa, ya.
Menjadikan air kelapa sebagai sebahagian diet boleh membantu mengekalkan kesihatan saluran kencing, serta mengelak dari terkena jangkitan saluran kencing, UTI.
Ini kerana air kelapa membantu membersihkan saluran kencing serta pundi kencing.
Jadi, jika anda mengalami isu kebersihan dalaman, capai segelas air kelapa dan minum. Namun, bagi ibu hamil, berpada-pada ya, jangan terlalu berlebihan. Amalkan berserdahana.
Kebaikan air kelapa untuk ibu hamil #4 Mengawal lemak dan memastikan badan fit
Air kelapa tiada kalori dan mampu membantu mengurangkan kolesterol dalam badan.
Malah, ramai atlet mengakui yang ia sungguh menyegarkan dan memberi tenaga.
Selain itu, ia juga mempunyai sifat menghalang pengumpulan sel lemak dan mengurangkan tahap lemak berlebihan dalam badan.
Ini menjadikan air kelapa untuk ibu hamil adalah air minuman yang lebih baik. Jadi ibu hamil, jika anda ingin kekal aktif dan bertenaga, minum air kelapa!
Kebaikan air kelapa untuk ibu hamil #5 Merawat pedih ulu hati dan sembelit
Pedih ulu hati dan sembelit adalah masalah biasa pada wanita hamil.
Tapi dengan air kelapa, ia mampu membaiki dan menguatkan sistem pencernaan malah menghalang pedih ulu hati dan sembelit.
Sifatnya yang menstabilkan pH dalam badan, menghalang badan dari menjadi terlalu berasid, membaiki metabolisma, mengurangkan loya serta mengurangkan rasa tidak selesa akibat 2 masalah ini.
Kebaikan air kelapa untuk ibu hamil #6 Menghalang dehidrasi dan kelesuan
Kandungan plasma dan elektrolit dalam air kelapa dikatakan menyerupai badan manusia.
Jadi, ini menjadikan air kelapa sebagai solusi terbaik untuk merawat dehidrasi akibat sakit cirit-birit, kolera, keracunan makanan dan sakit perut.
Ia juga sumber tenaga terbaik terutamanya buat wanita hamil.
Jika anda bercadang untuk bekerja hingga hari terakhir anda hamil, sediakan air kelapa sebagai air penambah tenaga. Banyakkan minum air kelapa jika sering kali rasa letih.
Kebaikan air kelapa untuk ibu hamil #7 Mempercepatkan pertumbuhan janin
Oleh kerana air kelapa membekalkan nutrien penting kepada si ibu, menjadikan ibu kekal sihat, bertenaga dan bebas jangkitan, ia juga membantu tumbesaran janin.
Manfaat kesihatan kepada si ibu menyebabkan air kelapa menyediakan keadaan yang sihat untuk janin membesar.
Kebaikan air kelapa untuk ibu hamil #8 Diuretik semulajadi
Tidak ramai tahu yang air kelapa juga merupakan diuretik semulajadi, iaitu pelawas air kencing.
Ini bermakna air kelapa mampu mengawal tahap asid urik dalam badan. Dan ini sangat penting buat wanita hamil.
Jadi meminum air kelapa bukan saja menyegarkan. Malah manfaat kesihatannya sungguh menakjubkan buat ibu hamil dan bayi di dalam kandungannya.
Jadi, jangan tunggu lagi, jadikan air kelapa sebagai peneman anda!
Comments
Post a Comment